Thursday 30 June 2011

TRANSFORMER 3: DARK OF THE MOON

Salam....



jom2 bc review tentang Transformer 3: Dark Of The Moon...
bez la jgk, biasa la Transformer kn, spt yg lepas2 jgk...
penuh ngan aksi yg mensesak kn dada....
sekuel kali ni menampilkan watak br iaitu Sentinel Prime...
Sentinel Prime ni ialah ketua b4 Optimus Prime...Sentinel Prime ni lah yg menjadi punca prmasalahan dlm crite ni utk kali ni...Sentinel Prime telah brpaling tadah dkt Optimus Prime...sian Optimus Prime tau, sbb si Sentinel Prime ni brpaling tadah la diorg smua kena usir dr bumi....


                                             encem kn Sentinel Prime ni....
                                             i trgoda nok....





sekuel kali ni jgk menampilkan heroin br iaitu Rosie Huntington Whiteley yg memegang watak sebagai carly, mak aii awat la susah sgt nm hg ni, aku nk sebut pn trgeliat lidah2 cek tau.....

                                            cun kn dia ni...
                                            mau ke x cun, bekas model victoria secret 2...
                                            hot jgk dia ni tp still x bleh lwn ke'hot'an megan
                                            fox la ;)



owh ini hero pujaan ati sy la 4 ever n ever ;)
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                         *
                                                                   tadaaaaaa

ofcoz la Bumblebee kn hero pujaan ati sy dlm mvie ni kekekeke...
bumblebee awat encem sgt ni ngeeee





apa ntah nm mamat ni dlm movie ni, ntah aku pn dah lupa, tp dia ni merupakn saingan sam sbb mamat ni try nk ngorat awek si sam ni...tp dia ada muslihat di sebalik 2, kalo korg nk tau apa muslihat mamat ni korg kena la p tgk crita ni hehehe...mamat ni kaya yg amat....siap adiahkn mercedez sport lg 2 kat si carly ni....






penyelamat dlm movie ni ofcoz la Optimus Prime kn...siap brlawan2 ngan Sentinel Prime smpai trputus sebalah tngan dia....sian dia...tp xpe trputus seblah tngan pn tetap wira hahaha







mamat negro ni nm apa eyh??? sy suka la dia ni brlakon, dia ada brlakon dlm ff5...bez mamat negro ni brlakon....i like kekeke







sy paling suka aksi ni...bila tgk aksi ni terasa spt naik roller coaster... cet padahal x pnah naik roller coaster pn... eyh penah naik skali roller coaster ms kat pesta penang, tp naik roller coaster yg bdk2 pny sbb teman kn ank menakan huhuhu






lelaki pling hot dlm setiap sekuel Transformer...
sy suka dia hahahahaha ;)




P/S: cpt2 serbu pawagam brhampiran anda....rugi ooo sapa x p tgk hehehe

Friday 10 June 2011

Bacalah Untuk Renungan kita Bersama....

 salam....

artikel ni sy copy dr sini 
Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia
bacalah, artikel ni sgt menarik.... 


Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Perlis Indra Kayangan.......

salam.....

sj nk wt entry nk letak gmbr2 kat umah tok sy...sbb sy nk tnjukkn betapa beznya kg sy n betapa beznya negeri Perlis Indra Kayangan...















cantik kn kn suasana.....
sejuk je mata memandang keindahan ciptaan allah ni....
entry pling byk gambar setakat ni hehe

Thursday 9 June 2011

Selamat Hari Lahir Sayang........


Hepi Besday Hani Erdina Batrisyia (Kiki) Yg Ke-8thn.....
smoga kiki menjadi ank yg solehah utk abh n mama n blaja rjin2 tau syg....
asu syg kiki sgt2 sbb kiki yg pling dengar ckp antara smua2 hehehehe, *baby,ag boy, dik wa n si comey jgn mrh ye ngan statement asu ni hahaha*
asu syg sgt2 si rambut keringting asu ni tau...

ada kejadian yg brlaku sehari sblum ari lahir kiki...
sy wt reminder kat hp besday kiki ni, pastu semlm bnyi la reminder kat hp pastu tgk kat skrin hp trtulis 'besday kiki'.....ok tanpa brlengah2 trus col n ckp2 skit ngan kiki pastu sy trus nyanyi lagu hepi besday to u kat kiki ngan suara yg pling merdu kalah celine dion (ok tipu,sebnrnya ngan suara pling sumbang)
pastu skali kiki ckp ngan pnuh manjanya "asu,besday kiki esok la 10hb,arini br 9hb" gluppppp
skali sy tgk kalender br 9hb la....ya Allah mcm mn bleh trsilap wish plak ni....
pastu trus cover ckp kat kiki  "ala syg, asu sj wish awl2 sbb asu nk jd org 1st wish besday kiki pastu asu tkt esok asu trlupa plak nk wish besday kiki sbb 2 la asu wish awl2 gggrrrrr....(pandai kau bg alasan kn frh,tp ok la bg alasan kat bdk2 hahaha)
so alasan 2 pn di terima hahaha....

P.S: sori ye kiki sbb asu trsilap tarikh wish besday kiki tau...

Monday 6 June 2011

Gambit Saifullah, nama sedap tp hampeh....

salam....

sekarang ni kn ngah heboh psal si gambit saifullah n  klip video yg di arahkn beliau....
tp kn mmg klip video kau mmg x melambangkn seperti nm kau SAIFULLAH (pedang ALLAH)
smpai bkn main kau maki2 org yg mengutuk hasil kerja kau...
kau seboleh2nya cuba menegakkn benang yg basah....
dah mmg klip video kau 2 mmg x kena ngan kita org timur n islam...
dah la kau seorg islam n model lelaki dlm video kau 2 pn seorg islam, sepptnya kau tahu landas2nya kn...
eeeee mgg la truk gila kau punya klip video, loya den tgknye....
si gambit ni seolah2 nk menjatuhkn namanya sndri....
nk cri publisiti murahan...eeee nyampahnya aku...elok la ngan shaz jaszle 2....dua2 prasan macho...wweeekkkk

jom kita tgk apa kt si gambit saifullah ni tntang video arahan beliau

KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontroversi.
KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontroversi.


KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.
Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.
Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.

“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


pastu lg 1 si gambit ni siap menghentam para blogger, dia yg x bleh nk trima kritikan pastu bleh plak nk naik angin kn....
dah bnd kau bt mmg dah sah2 salah msti la kau kena hentam kaw2 punya kn....
so trima lah smua 2, ni x, bleh maki2 blik...bknnye dia nk mntk maaf....
apa punya manusia la...
kalo nk kira dr segi agama, smua tau yg dlm islam dah sah2 la video mcm ni bertentang ngan agama islam...
tp walaupn urban mcm mn skali pn kau gambit, x kn la kau x bleh nk menjaga sensitiviti masyarakat kat malaysia ni... kau ckp klip video ni utk pasaran amerika, ko ingt org amerika nk layan ke klip video sampah mcm ni, diorg punya klip video 1000x lg dasyat pd klip video kau ni...pastu kau ingt org malaysia x bleh tgk ke kau punya klip video ni...
hmmmm...mcm2 la si gambit ni...biar smua org boikot dia, br padan muka....
skrg ni Allah bayar cash je...
br kau tau langit 2 tggi ke rendah....